PURC
PurC
CP: RM175/box
30 sachets X 1.5g
With PurC With Vitality
Terdapat banyak jenis virus dan bakteria di dunia yang boleh menyebabkan penyakit. Secara umum, orang dewasa akan jatuh sakit dua hingga empat kali setahun, apatah lagi kanak-kanak. Sistem imun adalah mekanisme pertahanan semulajadi tubuh terhadap bakteria dan virus. Bakteria dan virus boleh dikalahkan dengan sistem auto-imun yang kuat. Pengekalan sistem imun pada tahap yang optimum adalah amat penting bagi kita, terutamanya kanak kanak kerana sistem imun mereka masih lagi berada dalam peringkat perkembangan.
Vitamin C adalah salah satu nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh manusia. la memainkan peranan penting dalam mengekalkan sistem imun kanak-kanak. Vitamin C ialah sejenis vitamin yang larut air. la tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia serta tidak boleh disimpan dalam jumlah yang banyak. Oleh itu, kita perlu mengambil vitamin C yang mencukupi daripada diet harian kita untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan setiap hari kaya dengan vitamin C. Inilah sebabnya mengapa ibu bapa mesti memastikan agar anak anak mereka mengambil buah-buahan dan sayur sayuran yang mencukupi setiap hari. Namun, ramai ibu bapa merasa tidak berdaya ketika berhadapan dengan anak-anak yang pilih makan serta yang tidak makan buah-buahan dan sayur sayuran yang mencukupi.
Biarkan PurC membantu anak anda hari ini. Hanya satu paket sehari untuk menjauhkan mereka daripada bakteria atau virus!
6 Manfaat Penting untuk Kertumbuhan Kanak-kanak:
- Meningkatkan daya imuniti terhadap bakteria dan virus
- Melindungi kulit kanak-kanak dan menggalakkan pertumbuhan sel
- Membantu penyerapan zat besi daripada makanan dengan lebih berkesan sepanjang tempoh tumbesaran kanak-kanak
- Membantu kanak-kanak mengekalkan tulang dan gusi yang sihat
- Membantu mempercepat penyembuhan luka
- Menggalakkan penghasilan bahan-bahan yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam badan serta mengurangkan kemungkinan kecederaan