Apakah polisakarida glukan?
Apakah polisakarida glukan?
Polisakarida glukan adalah kompaun glukosa bagi bakteria berfaedah, kulat, yis dan dinding sel tumbuhan yang berasal daripada cendawan (misalnya Ganoderma Lucidum, Antrodia Camphorata, Cordyceps Sinensis, Agarikus Blazei Murrill, Coriolus Versicolor…dsb). Ia merupakan bahan semula jadi yang unik, tidak dapat dihasilkan melalui sintesis kimia dan mempunyai sifat-sifat yang stabil. Polisakarida glukan yang diekstrak daripada cendawan mempunyai kesan yang paling baik. Polisakarida glukan akan mengaktifkan makrofaj dan sel-sel imuniti selepas memasuki badan manusia. Maka, ia dapat meningkatkan fungsi imuniti secara berkesan. Antara pelbagai jenis polisakarida glukan, β- glukan yang diekstrak daripada cendawan paling sesuai untuk pemakanan manusia, baik dalam bentuk minuman mahupun dalam bentuk suntikan. Keberkesanannya yang paling ketara adalah dalam meningkatkan atau menyelaraskan fungsi imun.
Apakah perbezaan antara polisakarida glukan dengan jenis karbohidrat yang lain?
Apakah perbezaan antara polisakarida glukan dengan jenis karbohidrat yang lain?
Karbohidrat merupakan salah satu daripada 3 jenis nutrien utama yang boleh menghasilkan tenaga haba melalui sistem penghadaman; struktur molekulnya adalah jenis linear. Saluran penghadaman kita mempunyai enzim tertentu untuk mencernakan karbohidrat bagi penyerapan yang lebih berkesan. Walaupun polisakarida glukan terbentuk daripada monosakarida, namun ia mempunyai struktur makromolekul yang unik dan struktur cabangan berbentuk spiral. Maka, badan kita tidak mempunyai enzim tertentu untuk mencerna dan menyerapnya. Oleh itu, ia tidak dapat menghasilkan tenaga haba tetapi ia membolehkan sel-sel dalam badan menjalankan fungsi-fungsi yang istimewa, misalnya menghasilkan sitokin anti-virus. Kajian saintifik menunjukkan polisakarida glukan memasuki badan melalui saluran usus dengan cara yang unik dan mempunyai fungsi komprehensif. Ia dapat mengaktifkan sistem imun, meningkatkan imuniti, mencegah kanser, mengurangkan kolestrol dan sebagainya. Ini memelihara badan kita dalam keadaan yang baik supaya dapat menangani sebarang faktor yang membahayakan badan.
Mengapakah manusia perlu mengambil polisakarida glukan?
Mengapakah manusia perlu mengambil polisakarida glukan?
Minuman dan makanan yang mempunyai fungsi melegakan kedahagaan dan kelaparan, ditambah dengan fungsi pemuliharaan kesihatan merupakan trend masa hadapan. Walaupun makanan pada masa dahulu dapat memenuhi nafsu mulut, pengambilan karbohidrat yang berlebihan akan mengakibatkan kesan sampingan yang kurang baik. Polisakarida glukan diekstrak daripada cendawan tanpa pencemaran dengan menggunakan teknik bioteknologi, selain membolehkan pengguna mengalami keberkesanan nilai nutrien, ia juga dapat meningkatkan fungsi sel dan tisu, mencegah pelbagai penyakit malah kanser. Ia akan menerajui arah baru bagi industri makanan dan minuman pada masa hadapan. Dalam abad ke-21, manusia terpaksa menghadapi masalah pencemaran, bahan tambahan makanan yang berbahaya, sisa ubat dan tekanan hidup. Pengambilan polisakarida glukan untuk menghapuskan radikal bebas, detoksifikasi dan menguatkan fungsi imun merupakan strategi menjaga kesihatan yang penting.
Bagaimana memilih polisakarida glukan yang berkualiti?
Bagaimana memilih polisakarida glukan yang berkualiti?
Polisakarida glukan yang berkualiti boleh digunakan untuk pengaktifan dan pemuliharaan sel-sel yang sihat, meningkatkan fungsi pencegahan penyakit tanpa kesan sampingan. Produk ini mesti dikaji selidik secara profesional dan dihasilkan dengan teknologi canggih bagi mengekstrak intipati polisakarida glukan yang betul-betul berkesan. Perkara yang paling penting, tidak menghasilkan bahan toksik akibat cara pengeluaran yang tidak betul, mendatangkan kesan sampingan atau membawa mendakan dan bau yang tidak menyenangkan hati. Keberkesanan polisakarida bergantung sepenuh kepada ketulenannya, kuncinya ialah cara persembahan molekul glukan β-1,3 atau β-1,3-1,6 tanpa sebarang bendasing, barulah ia selamat diambil.
Adakah polisakarida glukan bertoksik dan adakah ia membawa kesan sampingan?
Adakah polisakarida glukan bertoksik dan adakah ia membawa kesan sampingan?
Polisakarida glukan adalah sejenis bahan yang langsung tidak bertoksik. Eksperimen klinikal sebelum ini juga menunjukkan bahan ini tidak akan menghasilkan sebarang kesan sampingan. Pentadbiran Makanan dan Perubatan (FDA) Amerika Syarikat mengkategorikannya sebagai bahan semula jadi yang dijamin selamat. Akan tetapi, teknologi penapaian yang tidak baik atau pengeluar yang tidak profesional berkemungkinan juga menyebabkan berlakunya pencemaran bakteria kulat bertoksik (contohnya aflatoksin). Oleh yang demikian, penyelidikan yang profesional dan kawalan kualiti merupakan faktor-faktor penting dalam penghasilan polisakarida glukan.
Adakah polisakarida glukan ini menimbulkan reaksi alergi bagi pengguna yang badannya sensitif?
Adakah polisakarida glukan ini menimbulkan reaksi alergi bagi pengguna yang badannya sensitif?
Polisakarida glukan adalah sejenis karbohidrat yang majoritinya terdiri daripada makromolekul (sesetengah polisakarida mungkin mempunyai molekul protein sebagai pelengkap). Ia kurang mengandungi faktor protein yang menyebabkan alergi. Penyelidikan aplikasi selama ini menunjukkan bahawa kes-kes klinikal bagi alergi akibat polisakarida hampir tiada. Reaksi alergi biasanya disebabkan oleh molekul yang terkandung dalam makanan yang majoritinya molekul protein. Struktur rantai polisakarida glukan (β-Glukan) tidak mempunyai keupayaan untuk mencetuskan reaksi alergi dan ujian klinikal setakat ini juga menunjukkan keputusan yang sama.
Adakah polisakarida glukan bercanggah dengan sebatian atau ubat lain? Bolehkah diambil secara serentak?
Adakah polisakarida glukan bercanggah dengan sebatian atau ubat lain? Bolehkah diambil secara serentak?
Disebabkan polisakarida glukan mempunyai ciri-ciri biokimia yang stabil, ia tidak menghasilkan tindak balas dengan ubat-ubatan lain atau mewujudkan perubahan kimia. Polisakarida glukan menggalakkan kesan imun dan sel imun memainkan peranan dalam anti-penyakit, maka penggunaan serentak dengan ubat akan meningkatkan keberkesanan yang berganda. Bukti klinikal selama ini menunjukkan bahawa polisakarida glukan yang dihasilkan dan ditulenkan dengan proses yang betul boleh diambil sebagai bahan selamat sama ada dengan cara suntikan mahupun dengan cara oral. Ia boleh diambil bersama sebarang sebatian atau kompaun dengan selamatnya. Malah, ia mempunyai kesan berkali ganda dan boleh mengurangkan kesan sampingan ubat-ubatan.
β-Glukan dikatakan boleh meningkat atau merangsang fungsi imun, adakah penggunaan secara berlebihan akan membawa rangsangan yang keterlaluan (Over-stimulation) atau kesan negatif dalam autoimun (Auto-immunity)?
β-Glukan dikatakan boleh meningkat atau merangsang fungsi imun, adakah penggunaan secara berlebihan akan membawa rangsangan yang keterlaluan (Over-stimulation) atau kesan negatif dalam autoimun (Auto-immunity)?
Mekanisme fungsi yang utama bagi polisakarida glukan adalah mengaktifkan makrofaj dan sel imun yang lain (misalnya sel T dan sel NK). Ini turut meningkatkan keupayaan makrofaj dan sel-sel lain untuk menangani faktor-faktor yang berbahaya. Polisakarida glukan hanya dapat berfungsi selepas pengaktifan mekanisme imun apabila bergabung dengan reseptor pada membran sel. Namun demikian, kuantiti reseptor polisakarida pada membran sel badan adalah terhad. Apabila keadaan gabungan polisakarida glukan dengan sel imun mencapai tahap tepu, sel imun tidak dapat menerima polisakarida glukan lagi. Oleh yang demikian, sel imun juga tidak akan mengalami fenomena “rangsangan yang keterlaluan”. Polisakarida yang memasuki tisu atau darah yang tidak dapat berfungsi sepenuhnya dengan sel imun atau sel lain akan dihapuskan oleh sel Kupffer (Kupffer cell). Sekiranya polisakarida glukan tidak dapat memasuki sistem darah atau limfa, ia akan ditinggalkan pada saluran usus dan menjadi makanan bagi mikroorganisma berfaedah. Ini turut membantu pertumbuhan bakteria berfaedah dalam usus dan membantu fungsi saluran usus menjadi lancar. Maka, pengambilan polisakarida glukan yang berlebihan memang tidak menjadi satu isu baik dari segi teori mahupun fakta. Polisakarida glukan juga dapat meningkatkan keupayaan sel imun timus untuk mengenali antigen asing atau patogen. Dalam situasi ini, “penyakit autoimun” tidak mudah berlaku. Secara ringkasnya, polisakarida glukan boleh diibaratkan sebatang kunci, ia dapat menjana mekanisme sel yang telah merosot, mengaktifkannya sehingga memulihkan fungsinya. Apabila munculnya faktor tidak baik seperti patogen dan sel tumor, sel imun akan memainkan peranan untuk mempertahankan badan manusia supaya matlamat pemuliharaan kesihatan dapat dicapai.
Adakah keberkesanan polisakarida glukan dibuktikan secara saintifik?
Adakah keberkesanan polisakarida glukan dibuktikan secara saintifik?
Sebelum ini, banyak universiti dan institusi penyelidikan terkemuka di seluruh dunia telah membuat kajian yang mendalam dan membuktikan bahawa polisakarida glukan adalah sejenis penguat dan peyelaras imuniti yang berkesan. Ditambah dengan berpuluh ribu artikel yang boleh didapati pada internet yang melaporkan hasil penyelidikan dan klinikal, semuanya mengesahkan keberkesanan polisakarida glukan secara saintifik. Bahan ini selamat diambil dan menepati pemuliharaan alam sekitar. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Institut Kesihatan (NIH, National Institusi Kesihatan) Amerika Syarikat yang terkenal di seluruh dunia juga mengiktiraf bahan ini berkesan sebagai makanan ataupun ubatan dan menyediakan dana yang banyak untuk institusi akedemik dalam menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan yang seterusnya. Bukti saintifik yang berkaitan dengan bahan cendawan pasti akan lebih lengkap pada masa hadapan.
Terdapat banyak jenis polisakarida karbohidrat dalam bakteria, tumbuhan dan bijirin yang mempunyai makromolekul, adakah semua ini mempunyai fungsi memperkuatkan imuniti yang sama?
Terdapat banyak jenis polisakarida karbohidrat dalam bakteria, tumbuhan dan bijirin yang mempunyai makromolekul, adakah semua ini mempunyai fungsi memperkuatkan imuniti yang sama?
Selain β-glukan (β-Glucan) daripada cendawan dan yis, terdapat banyak jenis polisakarida bagi karbohidrat makromolekul yang hadir dalam tumbuh-tumbuhan, bijirin, bakteria berfaedah atau sel-sel alga yang besar ataupun sel-sel stroma. Dari segi struktur, didapati ia berkeupayaan meningkatkan fungsi imun, namun prestasinya perlu dilihat. Sejauh manakah polisakarida dapat diasingkan daripada karbohidrat dalam proses penulenan? Para saintis berpendapat bahawa β- glukan (1-3 glukan atau 1-3,1-6 glukan) yang diekstrak daripada cendawan dan yis mempunyai sturktur yang paling lengkap, saiz molekulnya paling sesuai untuk aplikasi badan manusia. Ia juga mempunyai kesan yang baik dalam mengaktifkan makrofaj dan menguatkan sistem imun badan.
Adakah polisakarida glukan juga berkesan untuk menentang staphylococcus atau patogen berbahaya yang lain?
Adakah polisakarida glukan juga berkesan untuk menentang staphylococcus atau patogen berbahaya yang lain?
Staphylococcus Aureus atau Pseudomonas aeruginosa dsb merupakan bakteria yang paling mudah berjangkit di kalangan pesakit fizikal dan pembedahan. Ia sering menyebabkan pesakit mengalami komplikasi. Oleh itu, bagi pesakit yang badannya lemah atau selepas pembedahan, pengambilan polisakarida glukan dapat merangsang imuniti sel dan amat berkesan untuk merencatkan atau mengurangkan peluang jangkitan bakteria tersebut, seterusnya mempercepatkan proses pemulihan.
Selain memperkuatkan makrofaj, apakah fungsi dan keberkesanan lain pada polisakarida glukan?
Selain memperkuatkan makrofaj, apakah fungsi dan keberkesanan lain pada polisakarida glukan?
- Selain daripada pengaktifan monosit limfa (monocyte) dan neutrofil (neutrophil), polisakarida glukan juga dapat menguatkan sel-sel pembunuh semula jadi (Natural Killer Cell, pembunuh tumor semula jadi)dan menghapuskan sel-sel tumor abnormal dan mencegah serangan patogen secara berkesan.
- Selepas pengambilan polisakarida glukan ke dalam badan melalui mulut, ia membolehkan sel badan menghasilkan sitokin dan faktor pertumbuhan sel. Ini dapat membantu badan manusia menghasilkan keupayaan anti-virus dan anti-kanser. Justeru, memelihara kesempurnaan sel-sel badan dan memelihara kesihatan badan.
- Polisakarida glukan dapat menembusi epidermis kulit dan bergerak di antara dermis dan epidermis. Ia mengaktifkan kulit dan sel otot, menguatkan keupayaan kulit dan otot epidermis dalam menentang persekitaran yang buruk. Selain itu, ia menggalakkan penghasilan kolagen, mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan penyembuhan luka akibat sinaran UV, luka pisau, kecederaan dan kulit terbakar.
- Menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma berfaedah secara berkesan dan meningkatkan kesihatan saluran usus.
- Apabila polisakarida glukan memasuki sel atau darah badan, ia dapat mengaktifkan fungsi sel secara berkesan dan menggalakkan keseimbangan fisiologi. Kini, mekanisme ini hanya perlukan lebih banyak bukti kajian saintifik untuk pengesahannya.
Bolehkah polisakarida glukan menggantikan atau mengurangkan penggunaan antibiotik?
Bolehkah polisakarida glukan menggantikan atau mengurangkan penggunaan antibiotik?
Penyalahgunaan antibiotik dan ubat telah dianggap sebagai musuh besar kesihatan manusia dan alam sekitar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia PBB akan mengharamkan penggunaan antibiotik secara keseluruhan menjelang tahun 2007. Oleh itu, penggunaan suntikan imuniti untuk menguatkan daya pertahanan semula jadi badan manusia dan haiwan telah menjadi trend yang tidak dapat dihalang. Antara semua suntikan imuniti, polisakarida glukan (1-3 glukan atau 1-3,1-6 glukan) diiktiraf sebagai bahan yang paling berkesan dan tidak menimbulkan kesan sampingan. Penggunaan fungsi sel imum secara sempurna dapat menurunkan peluang jangkitan penyakit dan juga membantu dalam pemulihan pesakit. Justeru, penggunaan antibiotik dan ubat turut dapat dikurangkan dan kualiti hidup manusia akan meningkat. Polisakarida glukan boleh diambil secara oral atau disuntik untuk mencapai peningkatan imun yang baik atau fungsi anti-kanser yang berkesan. Sesungguhnya, eksperimen klinikal dan penyelidikan secara canggih amatlah perlu untuk menyokong trend pembangunan masa hadapan.
Bagaimanakah polisakarida glukan dapat mengurangkan kerosakan alkohol terhadap badan kita?
Bagaimanakah polisakarida glukan dapat mengurangkan kerosakan alkohol terhadap badan kita?
Polisakarida glukan memang berkesan untuk melegakan kemabukan dan mengurangkan kerosakan alkohol yang berlebihan terhadap badan. Polisakarida glukan menggalakkan sel imun untuk menentang pelbagai faktor buruk (termasuk molekul alkohol). Pada masa yang sama, ia juga mempercepatkan fungsi enzim penguraian alkohol (alcohol dehydrogenase) dalam hati. Ini membolehkan molekul alkohol menyingkirkan molekul hidrogen dan bertukar menjadi air lalu dikumuhkan ke luar badan. Selain itu, polisakarida glukan juga berfungsi menyerap kandungan alkohol. Polisakarida glukan (β- Glucan) ialah makromolekul yang kapasitinya melebihi 10 ribu molekul. Ia bersinggah dalam perut dalam masa yang lebih panjang, apabila alkohol memasuki perut, sesetengahnya diserap oleh polisakarida glukan, sesetengah yang lain pula diserap oleh perut. Kandungan alkohol dari darah ke hati akan diuraikan oleh enzim dalam hati. Ditambah dengan pengaktifan sel imun, fenomena peningkatan radikal bebas apabila alkohol memasuki organ dapat disingkirkan secara bersesuaian. Ini dapat mengurangkan kerosakan yang dibawa alkohol sehingga ke tahap yang minimum. Walaupun polisakarida glukan dapat melegakan kemabukan, namun kuantitinya mesti mencapai tahap tertentu untuk menunjukkan keberkesanannya. Walau bagaimanapun, merokok dan meminum alkohol adalah tabiat yang buruk dan memudaratkan badan. Kita perlu menjauhi diri daripadanya demi menjaga kesihatan kita. Sesetengah orang berpendapat bahawa wain merah mengandungi bahan antioksidan yang baik untuk jantung tetapi mengabaikan kerosakannya terhadap badan manusia. Ini adalah tanggapan yang tidak betul.
Bagaimanakah polisakarida glukan dapat menghapuskan radikal bebas?
Bagaimanakah polisakarida glukan dapat menghapuskan radikal bebas?
Kajian pada tahun-tahun kebelakangan ini telah menunjukkan radikal bebas adalah punca berlakunya penyakit pada manusia, manakala polisakarida glukan berupaya melindungi sel daripada serangan radikal bebas dan seterusnya menggalakkan fungsi sel yang normal. Laporan telah menunjukkan bahawa suntikan intraperitoneum polisakarida glukan coriolus versicolor kepada haiwan eksperimen memang berkesan untuk menghalang pengoksidaan lemak dan merencatkan penghasilan oksigen aktif. Manakala polisakarida glukan ganoderma lucidum mempunyai kesan yang amat baik dalam pengawalan radikal super-oksida sehingga mencapai 52.8% kesan perencatan radikal bebas. Polisakarida glukan dalam cendawan dapat meningkatkan kapasiti enzim super-oksida dalam badan secara ketara. Ia juga mempunyai keupayaan untuk menghapuskan radikal peroksida dan radikal hidroksil.
Bolehkah pesakit diabetes mengambil polisakarida glukan?
Bolehkah pesakit diabetes mengambil polisakarida glukan?
Polisakarida glukan merupakan karbohidrat yang bersifat fungsian. Kajian pada tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan sitokin IL-1 yang dirangsang oleh polisakarida glukan dapat menggalakkan rembesan insulin dan berkesan untuk mengurangkan gula darah. Ia juga terbukti mempunyai kesan yang positif untuk memperbaiki arteriosklerosis. Oleh yang demikian, polisakarida glukan digunakan secara meluas dalam membantu pemulihan pesakit diabetes. Kajian sebelum ini juga menunjukkan bahawa pengekstrakan dua jenis polisakarida glukan Cordyceps Sinensis daripada miselium Cordyceps berupaya merendahkan gula darah dalam badan tikus berpenyakit diabetes. Selepas 3 jam suntikan polisakarida glukan diberikan, gula darah menurun dengan ketara sebanyak kira-kira 45%. Polisakarida glukan ganoderma lucidum yang diekstrak daripada ganoderma lucidum juga dapat menurunkan kapasiti gula darah dalam badan anak tikus putih berpenyakit diabetes.
Bagaimanakah poliskarida glukan menyediakan bantuan dalam saluran pencernaan gastrousus?
Bagaimanakah poliskarida glukan menyediakan bantuan dalam saluran pencernaan gastrousus?
Polisakarida glukan yang diperoleh melalui fermentasi miselium mengandungi faktor pertumbuhan sel (Unknown growth factors UGF). Polisakarida glukan yang tidak diserap oleh usus kecil akan menjadi nutrien bagi bakteria berfaedah selepas memasuki usus besar. Kedua-duanya dapat menggalakkan pertumbuhan bakteria berfaedah seperti bakteria asid laktik, laktobasilus bercabang dua dsb. Kesemua ini membawa manfaat yang besar kepada kesihatan saluran gastrousus.
Sila terangkan secara ringkas tentang fungsi polisakarida glukan.
Sila terangkan secara ringkas tentang fungsi polisakarida glukan.
- Mengurangkan serangan faktor penuaan supaya badan penuh dengan vitaliti
- Menghapuskan radikal bebas
- Berfungsi untuk detoksifikasi
- Menggalakkan imuniti badan
- Mengurangkan kolesterol
- Memperbaiki diabetes dan aterosklerosis
- Menentang tumor malignan atau kanser
- Membantu pemulihan badan selepas sembuh daripada kanser
- Meningkatkan keberkesanan ubat-ubatan
- Mengurangkan kesan negatif kemoterapi dan radioterapi
- Anti-trombosis, mencegah penyakit kardiovaskular
Sebanyak manakah dos polisakarida glukan bagi keberkesanan optimum?
Sebanyak manakah dos polisakarida glukan bagi keberkesanan optimum?
Penggunaan polisakarida glukan berbeza mengikut ketulenan produk. Menurut ujian keupayaan fagositik sel darah haiwan dan manusia, setiap orang harus mengambil 100-300 miligram polisakarida glukan setiap hari demi mengekalkan kesihatan dan imuniti. Bagi orang yang berpenyakit, dos tersebut perlu ditambah sehingga 500-1000 miligram sehari. Buat masa ini, masih tidak ada lagi laporan saintifik yang mengesahkan dos maksimum yang boleh diambil. Ini bermakna, kuantiti yang lebih besar dibenarkan dalam keadaan tertentu dan tidak ada batasan maksimum yang ditetapkan buat masa ini. Namun, laporan penyelidikan yang berkaitan mungkin akan dikeluarkan pada masa hadapan.
Polisakarida glukan cendawan dikatakan mempunyai banyak keberkesanan, bolehkah ia digelar sebagai “pil mujarab” untuk menyembuhkan sebarang penyakit?
Polisakarida glukan cendawan dikatakan mempunyai banyak keberkesanan, bolehkah ia digelar sebagai “pil mujarab” untuk menyembuhkan sebarang penyakit?
Penggunaan polisakarida glukan cendawan secara bersesuaian sememangnya mempunyai kesan yang ketara dalam memulihkan pelbagai penyakit. Namun polisakarida glukan berfungsi selepas molekulnya diikat dengan reseptor sel imum dan sel-sel lain, menjana mekanisme imuniti atau operasi fungsi fisiologi. Dalam erti kata lain, polisakarida glukan memperbaiki kesihatan badan secara beransur-ansur sehingga mencapai kekuatan badan. Perlu ditekankan bahawa keberkesanan polisakarida glukan berbeza bagi setiap individu, terutamanya dalam aplikasi rawatan penyakit, bukannya semua orang mempunyai kesan baik yang sama. Oleh itu, tidaklah sesuai menganggapnya sebagai “pil mujarab”. Ia lebih sesuai digunakan sebagai “ubat pencegahan”, mencegah daripada berlakunya penyakit berjangkit atau tidak berjangkit, memperkuatkan pertahanan terhadap tekanan ke atas badan.
Apakah perbezaan antara polisakarida glukan cendawan dengan vitamin dari segi mekanisme penggunaan dan keberkesanan?
Apakah perbezaan antara polisakarida glukan cendawan dengan vitamin dari segi mekanisme penggunaan dan keberkesanan?
Vitamin boleh mengambil bahagian dalam metabolisme sel dan ia merupakan bahan pelengkap nutrien yang boleh memasuki sel dan mengambil bahagian dalam metabolisme. Walaupun vitamin terkenal dengan rawatan penyakit skurvi pada awalnya, namun kajian saintifik selepas itu menunjukkan kandungan vitamin dalam sayur-sayuran dan buah-buahan juga dapat memberi sumbangan yang sama. Walaupun vitamin dapat menyingkirkan radikal bebas badan, tetapi para saintis juga mendapati pengambilan vitamin yang berlebihan akan membawa kesan sampingan. Oleh itu, vitamin hanya dapat dianggap sebagai pelengkap nutrien setakat ini. Walaupun sesetengah doktor menggunakan vitamin untuk mengubati penyakit dan mendapat kesan yang baik, tetapi orang ramai masih mentakrifkannya sebagai “nutrien pelengkap”. Molekul polisakarida glukan lebih besar daripada vitamin, dan mekanisme fungsinya juga berlainan. Ia menjana mekanisme sel imum apabila berikat dengan reseptor dan seterusnya memperkuatkan fisiologi badan. Disebabkan kedua-dua polisakarida glukan dan vitamin menunjukkan kesan progresif. Meskipun polisakarida glukan mempunyai kesan yang lebih baik daripada vitamin, kesannya bukanlah serta-merta. Maka ia lebih sesuai ditakrifkan sebagai “pelengkap nutrien atau pelengkap fungsi”. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, para saintis juga mendapati penggunaan vitamin C dan polisakarida glukan secara serentak akan menjana kesan yang berkali ganda dan memberi sumbangan yang besar kepada kesihatan manusia.
Apakah perbezaan antara polisakarida glukan cendawan dengan ubat?
Apakah perbezaan antara polisakarida glukan cendawan dengan ubat?
Dari sudut struktur kimia, ubat-ubatan ialah sintesis kimia. Enzim badan sukar menguraikannya dan ia bergantung kepada hati, saluran gastrousus atau buah pinggang untuk perkumuhannya. Walaupun ubat-ubatan dapat membunuh patogen, ia juga menghasilkan toksik terhadap sel dan merosakkan sel yang normal. Polisakarida glukan bukanlah polimer organik dan tidak boleh disintesis dengan kaedah kimia. Walaupun tiada enzim yang dapat mencernakannya dalam badan, namun ia boleh menjana dan menyelaraskan mekanisme imun apabila memasuki badan tanpa kesan sampingan. Polisakarida glukan boleh digunakan oleh bakteria berfaedah dalam saluran usus atau dicernakan oleh makrofaj dalam pelbagai tisu tanpa sebarang kesan sampingan. Jika dibanding kedua-dua bahan ini, ubat mungkin bertindak serta-merta manakala polisakarida glukan mencapai matlamat dengan cara progresif. Ia memerlukan masa yang lebih panja
Mengapakah polisakarida glukan sesuai digunakan dalam abad ke-21 sebagai bahan penting dalam pencegahan penyakit?
Mengapakah polisakarida glukan sesuai digunakan dalam abad ke-21 sebagai bahan penting dalam pencegahan penyakit?
Dalam keadaan pencemaran udara yang serius, bumi dalam keadaan lemah, penyalahgunaan ubat-ubatan dan bahan kimia yang berleluasa pada abad ke-21 ini, manusia lazimnya diserang oleh radikal bebas yang berlebihan, ditambah pembiakan patogen yang pesat, manusia akan cepat jatuh sakit dan badan kita akan bersifat lemah dan sentiasa sakit sekiranya kita tidak mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengukuhkan daya pertahanan diri. Maka, memperkuatkan daya imuniti dan menjauhi diri daripada sifat fizikal yang lemah merupakan strategi penjagaan kesihatan yang penting. Antara cara-cara yang boleh digunakan, penggunaan polisakarida glukan merupakan strategi yang paling berkesan, mudah dan tanpa kesan sampingan. Perubatan pencegahan akan menjadi trend utama dalam bidang perubatan dan polisakarida glukan yang berkualiti akan menjadi strategi yang boleh diaplikasikan dalam perubatan pencegahan.
Siapakah yang tidak sesuai untuk mengambil polisakarida glukan cendawan?
Siapakah yang tidak sesuai untuk mengambil polisakarida glukan cendawan?
Siapa-siapa sahaja sesuai untuk mengambil polisakarida glukan. Hanya orang yang menjalani transplantasi organ tidak sesuai untuk mengambil polisakarida glukan.